Asyik bahagian A sahaja.....Baiklah, kali ini kita akan tengok pula sedikit mengenai bentuk-bentuk soalan yang terdapat di dalam BAHAGIAN B. Dalam bahagian B, calon akan diberikan 4 atau 5 soalan di mana setiap soalan mempunyai 4 atau 5 soalan struktur. Terdapat 20 soalan struktur kesemuanya.
Kebiasaannya, soalan di dalam Bahagian B ini banyak berkaitan dengan KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS). Sebagai permulaan, saya akan menerangkan apakah itu KPS ini.
KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS)
Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan
tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui
pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid
diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu
perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang
boleh dipercayai kebenarannya.
Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:
* Memerhati
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinisikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen
No comments:
Post a Comment