Sunday, June 24, 2012

Inferen

Apa itu inferen?

Inferen ialah sebab@alasan yang kukuh dan logik untuk menyokong sesuatu pemerhatian. Calon haruslah dapat menguasai untuk membuat pemerhatian. Pemerhatian yang dibuat adalah berdasarkan kepada lima deria kita iaitu melihat, menghidu, mendengar, menyentuh dan merasa.

Berdasarkan kepada rajah, graf, jadual dan juga dialog yang diberikan,

Langkah pertama, calon lihat terlebih dahulu pemerhatian (hasil penyiasatan) yang dapat diperhatikan.
Langkah kedua, calon dapatkan alasan untuk menyokong terhadap pemerhatian itu. Kebiasaannya alasan adalah berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah dipelajari di dalam kelas.

Cuba dapatkan latihan yang berkaitan dengan inferen untuk dijadikan sebagai latihan.

Contoh :

Sebuah pasu yang ditanam dengan 15 biji benih kacang kelihatan bercambah dengan lambat. Berikan inferen anda?

Pemerhatian : Kacang lambat bercambah. Biji benih banyak.
Inferen : Kerana persaingan yang hebat antara biji benih itu.

Selamat mencuba......

Friday, June 8, 2012

Kenal pasti manipulasi dan bergerak balas

Dah lama tak buat entri, hari ni rajin pulak nak bagi latihan sikit.....

Sebelum ni saya dah tunjukkan cara untuk mendapatkan pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Jadi entri kali ini, anda dikehendaki untuk mengenal pasti kedua-dua pemboleh ubah ini.

Soalan 1 :

Ali telah menjalakan satu penyiasatan untuk melihat saiz doh apabila didoh tersebut ditambahkan yis. Hasil yang diperolehnya adalah seperti di bawah :






Apakah pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas?


Soalan 2 :

















Apakah pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas?




Soalan 3 :





















Apakah pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas?


Untuk jawapan, calon boleh klik sini.


Sunday, June 3, 2012

Bagaimana dengan entri tentang pemboleh ubah yang lepas. Kali ini saya ingin memberikan sedikit tips untuk kita mengenali pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.

Jadual menegak :













Setiap kali jadual menegak seperti ini diberikan, kedudukan pemboleh ubah dimanipulasikan akan berada di sebelah kiri manakala pemboleh ubah bergerak balas akan berada di sebelah kanan anda.

Jadual melintang :














Bagi jadual melintang pula, pemboleh ubah dimanipulasi berada di atas manakala pemboleh ubah bergerak balas berada di bawah.



Graf :


Bagi graf pula, kedudukan pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerak balas adalah tetap seperti dinyatakan di atas. 

Anda boleh salin maklumat yang diberikan itu sebagai jawapan TETAPI calon perlu berhati-hati dengan maklumat pemboleh ubah dimanipulasi. Ini kerana berkemungkinan maklumatnya tiada parameter atau maklumat yang diberikan tidak jelas menunjukkan perkara yang dimanipulasi. Walau bagaimanapun calon boleh mendapatkan maklumatnya pada penyataan yang diberikan. 

Setakat ini, pemboleh ubah yang bergerak balas boleh terus disalin kerana penyataan di dalam jadual adalah tepat.

Kedudukan pemboleh ubah manipulasi di atas tidak menunjukkan perkara yang dimanipulasi, jadi calon harus merujuk kepada penyataan yang diberikan.

Baiklah, setakat ini dulu entri saya....jika ada masalah sila nyatakan masalah anda supaya dapat saya bantu.






Buaya mengamuk


 
Jangan sesekali mencuba jika dah tahu tentang bahayanya.

ox vs lion vs hyena


 
Singa merupakan haiwan yang hidup berkumpulan. Singa juga haiwan pemangsa bersifat karnivor. Video ini menunjukkan kehidupan singa di atas Bumi ini. Saksikan video ini sebagai sumber ilmu untuk anda.

Harimau buru rusa


Friday, June 1, 2012

Soalan Sains UPSR 1997 - 2001 (Bahagian B)

Soalan Percubaan UPSR 2010

 

Soalan Percubaan Sains UPSR 2011



KELANTAN

MELAKA

PAHANG

PERAK

SABAH

SARAWAK

KEDAH

Tuesday, May 29, 2012

Ikan Pari Beranak


Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah melihat ikan pari melahirkan anak. Video ini akan memaparkan kejadian sebenar. Walaupun pengalaman ini amat berharga tetapi kita tidak dapat menyaksikan ikan pari ini melahirkan anaknya secara sendiri kerana ibunya telahpun mati.

Gajah Melahirkan Anak


Pernahkah kamu melihat seekor gajah melahirkan anaknya? Jika TIDAK, tonton video yang diberikan ini untuk kita bersama-sama berkongsi pengalaman. Selamat menonton...

Pemboleh Ubah

Untuk menjawab soalan bahagian B dengan baik, semua calon haruslah terlebih dahulu menguasai dua jenis pemboleh ubah iaitu:

pemboleh ubah dimanipulasi @ diubah
pemboleh ubah bergerak balas @ diperhatikan

Kedua-dua pemboleh ubah ini boleh di dapati di dalam jadual, graf, dan rajah. Kadangkala, pemboleh ubah ini boleh ditemui di dalam penyataan yang diberikan di dalam soalan yang diberikan. Calon harus bijak mengenali pemboleh ubah ini dan jika ada CALON BOLEH MENGGARISKAN PEMBOLEH UBAH tersebut.

Apa itu 'pemboleh ubah dimanipulasi (PM)'.

'Pemboleh ubah dimanipulasi' atau juga dikenali dengan 'diubah', merupakan sesuatu perbuatan pengkaji untuk membezakan bahan ujikaji supaya penyiasatan yang dijalankan juga akan mendapat perbezaan. Untuk mengenalinya calon boleh melihat kepada PERBEZAAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH MANUSIA.

Apa itu 'pemboleh ubah bergerak balas (PB)'.

'Pemboleh ubah bergerak balas' atau juga dikenali sebagai 'diperhatikan', merupakan hasil atau keputusan yang diperoleh setelah perkara yang diubah itu dilakukan. Calon boleh melihat kepada PERBEZAAN YANG TERDAPAT DI DALAM PENYIASATAN YANG BERLAKU SECARA AUTOMATIK (TIDAK DIBUAT OLEH MANUSIA).

Contoh : 

Ali menyediakan empat gelas air masak. Setelah itu dia telah memasukkan pati berperisa seperti sirap, sarsi, jagung dan anggur ke dalam setiap gelas. Setelah dia memasukkan pati tersebut, setiap air masak itu menghasilkan warna-warna yang berbeza.

Di dalam penyiasatan ini,

Pemboleh ubah yang dimanipulasi @ diubah               
= jenis pati berperisa

Pemboleh ubah yang bergerak balas @ diperhatikan  
= warna air

Terdapat satu lagi pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah yang dimalarkan @ ditetapkan. Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah perkara yang perlu dikekalkan di dalam setiap penyisatan tersebut. Di dalam penyiasatan di atas JENIS AIR adalah pemboleh ubah dimalarkan. Ini kerana, pada setiap pati dimasukkan ke dalam air masak. Jika salah satu air masak itu ditukar kepada air kopi maka akan berlakunya perubahan dan penyiasatan yang dijalankan akan terganggu.

Ini bermakna pemboleh ubah dimalarkan @ ditetapkan merupakan perkara yang perlu dikekalkan dan boleh mempengaruhi hasil penyiasatan jika ianya diubah.

Semoga penerangan ini akan dapat membantu anda semua. Jika ada sebarang masalah, sila bertanya....


Kemahiran Proses Sains (KPS)

Asyik bahagian A sahaja.....Baiklah, kali ini kita akan tengok pula sedikit mengenai bentuk-bentuk soalan yang terdapat di dalam BAHAGIAN B. Dalam bahagian B, calon akan diberikan 4 atau 5 soalan di mana setiap soalan mempunyai 4 atau 5 soalan struktur. Terdapat 20 soalan struktur kesemuanya.

Kebiasaannya, soalan di dalam Bahagian B ini banyak berkaitan dengan KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS). Sebagai permulaan, saya akan menerangkan apakah itu KPS ini.

KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS)

Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.

Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:

* Memerhati
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinisikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen



Monday, May 28, 2012

Cara Menjawab Soalan Bahagian A

Setiap calon pasti sudah mengetahui bahawa di Bahagian A terdapat 30 soalan aneka pilihan. Masa yang dicadangkan ialah selama 45 minit. Oleh itu calon haruslah mempunyai teknik yang sesuai supaya calon dapat menepati masa.

Di sini saya cadangkan beberapa langkah untuk menjawab soalan bahagian A dengan baik.

1. Baca soalan

    Calon dinasihatkan supaya membaca sekurang-kurangnya sebanyak 2 kali atau lebih supaya calon betul-betu faham. Jika calon tidak memahami apa yang dibaca, calon bulatkan nombor soalan dan tinggalkan soalan tersebut untuk beredar ke soalan seterusnya. Ini adalah untuk menjimatkan masa. Soalan ini akan dilihat semula setelah calon menamatkan sepusingan pembacaan.

2. Faham soalan

    Calon boleh menggariskan kata kunci soalan supaya calon mendapat panduan untuk menjawabnya.

3. Fikirkan

    Calon yang telah dapat memahami soalan dikehendaki untuk menyingkirkan pengganggu
jawapan.

4. Jawab 

    Calon yang telah mendapat jawapan yang tepat bolehlah membulatkan jawapan di atas kertas
soalan dan kemudiannya menghitamkan ruangan jawapan yang disediakan pada kertas OMR.

Dengan langkah-langkah ini akan dapat membantu calon untuk menjawab 30 soalan di bahagian A dengan sempurna. Selamat mencuba.


Sunday, May 27, 2012

Jenis-jenis Soalan

Soalan Bahagian A boleh dibahagikan kepada 10 item:

(a) Fact / Fakta
(b) Terminology / Istilah
(c) Method / Kaedah
(d) Sequence / Urutan
(e) Classifying / Mengelas
(f) Principle / Prinsip
(g) Interpreting / Mentafsir
(h) Extrapolation / Ekstrapolasi
(i) Translation / Terjemahan
(j) Application / Aplikasi



Soalan Bahagian A boleh dikumpulkan seperti berikut: 



Elemen Pengetahuan

Fact, Terminology, Sequence, Method, Classifying and Principle.
Fakta, Istilah, Urutan , Kaedah, Mengelas dan Prinsip

(Nasihat : Calon mesti rajin membaca buku teks dan nota yang diberikan oleh guru. Soalan hanya berdasarkan kepada isi kandungan buku teks tahun 4, 5, dan 6 sahaja.) 


Elemen Pemahaman

Translation, Interpreting, Extrapolation and Application
Terjemahan, Tafsiran, Ekstrapolasi dan Aplikasi

(Nasihat : Calon perlu memberi perhatian semasa guru memberi penerangan dan kerap bertanya kepada guru jika tidak faham. Perlu rajin membuat latihan dan ulangkaji)


Kita akan lihat contoh-contoh soalan seperti apa yang kita bincangkan di sini pada masa akan datang.

Nisbah soalan

Hai....

Apakah pandangan calon mengenai subjek Sains? Susah atau senang? Mesti jawapan kamu berbezakan......

Di sini saya ingin membuktikan kepada semua calon bahawa semua calon boleh lulus dan juga boleh mendapatkan keputusan yang cemerlang. Apa buktinya? Mari kita lihat pecahan nisbah soalan yang terdapat di dalam bahagian A ini.

Calon akan disoal dengan :

50% atau 15 soalan pada aras yang rendah.
30% atau 9 soalan pada aras sederhana.
20% atau 6 sahaja soalan pada aras yang tinggi.

Jika calon dapat menjawab semua soalan pada aras rendah dan lima soalan di aras yang sederhana, calon telah mendapat markah 40%. Oleh itu calon telah pun lulus. Walaupun nisbah soalan aras rendah ini paling banyak tetapi calon janganlah terlalu sambil lewa dan tidak membuat ulangkaji di rumah. Jadi, nasihat saya kepada semua calon...Tambahkan kerajinan, gandakan usaha, bijak bahagikan masa dan kurangkan bermain.

Kenali Bahagian A

Selamat Sejahtera...

Semua calon telah didedahkan dengan cara untuk menjawab kertas 018 sains sejak menduduki tahun 4. Kertas 018 sains mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Di sini saya akan memperkenalkan terlebih dahulu mengenai kertas sains BAHAGIAN A.

Pada bahagian ini, setiap murid dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan iaitu sebanyak 30 soalan aneka pilihan (objektif). Setiap soalan yang diberikan akan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Ingat!!! Hanya satu sahaja jawapan yang betul dan tepat.

Jika calon telah memperoleh jawapan yang betul, calon bolehlah terlebih dahulu menandakannya di atas kertas soalan dan kemudiannya calon perlu menghitamkan ruangan jawapan yang betul di atas kertas OMR yang telah diberikan bersama di awal peperiksaan dijalankan.


Hitamkan kertas OMR ini dengan menggunakan pensel 2B sahaja. Jangan menggunakan pensel mekanikal (pensel tekan). Jika berlakunya kesalahan menanda, calon perlu memadamnya dengan berhati-hati supaya kertas ini tidak koyak. Pastikan jangan meninggalkan bekas hitam pada ruangan yang salah.

Akhir sekali, semak semula jawapan anda supaya tiada yang terkurang atau yang terlebih. jawapan yang dihitamkan haruslah sama seperti jawapan yang ditandakan di dalam kertas soalan.

Drama Boneka Kitar Hidup Rama-rama


Sebuah cerita animasi ringkas tentang bagaimana rama-rama menjalani kitaran hidupnya sejak dari kecil hingga dewasa dan seterusnya menghasilkan zuriat. Walau tidak seberapa, tetapi mungkin amat berguna untuk dijadikan sebgai bahan bantu mengajar di sekolah.

Kitar Hidup Haiwan


Haiwan membiak dengan dua cara iaitu melahirkan anak atau bertelur. Anak yang dilahirkan sama ada akan menyerupai ibunya ataupun tidak. Di sini anda akan ditunjukkan beberapa contoh kitaran hidup haiwan.


Selamat Datang kepada semua pengunjung... Dikesempatan ini saya ingin cuba meluangkan masa ini untuk berkongsi pengalaman dan juga ilmu terutamanya di dalam mata pelajaran sains sekolah rendah. Harapan saya kepada semua pengunjung agar dapat menggunakan ilmu yang saya kongsikan ini untuk digunakan bersama-sama. Jika terdapat sebarang cadangan dan juga pertanyaan, bolehlah bertanya dan saya akan cuba untuk menjawabnya.