Sunday, May 27, 2012

Kenali Bahagian A

Selamat Sejahtera...

Semua calon telah didedahkan dengan cara untuk menjawab kertas 018 sains sejak menduduki tahun 4. Kertas 018 sains mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Di sini saya akan memperkenalkan terlebih dahulu mengenai kertas sains BAHAGIAN A.

Pada bahagian ini, setiap murid dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan iaitu sebanyak 30 soalan aneka pilihan (objektif). Setiap soalan yang diberikan akan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Ingat!!! Hanya satu sahaja jawapan yang betul dan tepat.

Jika calon telah memperoleh jawapan yang betul, calon bolehlah terlebih dahulu menandakannya di atas kertas soalan dan kemudiannya calon perlu menghitamkan ruangan jawapan yang betul di atas kertas OMR yang telah diberikan bersama di awal peperiksaan dijalankan.


Hitamkan kertas OMR ini dengan menggunakan pensel 2B sahaja. Jangan menggunakan pensel mekanikal (pensel tekan). Jika berlakunya kesalahan menanda, calon perlu memadamnya dengan berhati-hati supaya kertas ini tidak koyak. Pastikan jangan meninggalkan bekas hitam pada ruangan yang salah.

Akhir sekali, semak semula jawapan anda supaya tiada yang terkurang atau yang terlebih. jawapan yang dihitamkan haruslah sama seperti jawapan yang ditandakan di dalam kertas soalan.

No comments:

Post a Comment